Sunday 19 April 2015

Restoran Itik Bakar Gembo

Assalamualaikum....
Hai kawan2...jumpa lagi kite yer
la ni aku nak cite sikit tentang itik. haaa...sapa penah makan itik. bagi aku ini la pertama kali aku merasa itik TERUTAMA ITIK BAKAR, lg best bila merasa itik bakar yang dibakar atas bara (sebab oven bakar itik rosak) huhuhu....
memang sedap...makan panas2 pehhhh


ni kedai lama die (kedai terbaru kat jalan kampung jawa xd lerrr...sori)

yg nie tauke yer...


so SELAMAT MERASA & MENIKMATI YER....


Wednesday 15 April 2015

pengetahuan HUKUM ZIKIR SAMBIL MENARI...

KONGSI ILMU...


Hukum Zikir Sambil Menari

.
PANDANGAN PROF DATO' DR HARUN DIN AL-HAFIDZ BERKENAAN "ZIKIR SAMBIL MENARI"






Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut 'rasa', seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan 'rasa'. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya):

"Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah 'Ali-'Imran ayat 191).


Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, "Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku."

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, "Tidak mengapa dan boleh dilakukan."

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah 'Ali-'Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram."

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ta'ala a'lam.

Thursday 19 March 2015

klang bandar diraja...

assalamualaikum...
hai semua...nk tau tak




memperkenalkan ini la Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan...tempat aku tinggal & bekerja da 11 tahun. pehhhh...

apa ada kat klang?





dulu kat sempadan Tol Sg Rasau, Shah Alam tp skarang da ada kt klang TAMAN BANDAR DIRAJA <3


GM Klang & Aeon Jusco kat Bukit Tinggi, Klang (bukan Bukit Tinggi Pahang tauuuu.....)

nak g tempat yang ada angin sepoi2 bahasa gi sini



datang la beramai2 ke Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang....mmg best.



kali pertama aku....


assalamualaikum...wbt
hari ini hari khamis (19.03.2015) bertempat e-library mpk. aku berkursus ict lagi. bende yg aku buat hari ini adalah cara2 mcm mn nak buat blog. pehhhh...blajo buat blog tu. ko adooo....hihihihiiiiii